Wednesday, April 4, 2012


warning warning! entry kali ni bnyak gambar dan panjang ceritanya. tanak baca pun tape aku x paksa. peace.

okay murid2, hari ni  kita akan buat karangan panjang bertajuk "Kesoronokan di Taman Tema Genting Highland", panjang karangan perlu lebih daripada 500 patah perkataan. baiklah, mula. pada tanggal 29 Mac, aku, wan, yah , idah, sarah dan lisa serta 60 pelajar usm yg lain telah menyertai trip ke Genting Highland + KL. kami telah bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di Genting Highland pada jam 8 pagi. perjalanan yg amat jauh dan sangat memenatkan ini ternyata berbaloi apabila kami merasakan keseronokan yang tidak terhingga apabila bermain di taman tema itu sehari semalam. okay dah. cukup2 la buat karangan skema ni. geli aku taip -.-

firstly ktorg naik cable car utk smpai ke puncak. sesampainya ktorg kat First World Hotel, ktorg kumpul beg. lepas tu baru kluar main. for the first time in my life, aku main semua game. semua! kalau ikutkan, ni kali ke-3 aku pegi sana. kali pertama pegi aku berani naik spaceshot. tp sbb trauma yg teramat, aku x berani naik apa2 dah lepas tu. pengecut? mmg amat pengecut skali masa tu -.- mana tak nya masa tu aku baru darjah 6 kot. but this time, heyyy. naik 2 kali pun x jadi hal lah babe. smua bnda aku naik, FUN gila2. sedih sbb ada dalam 3 ride tutup under maintenance. one of them is Spinner and Corkscrew . Spinner da penah naik so x kesah sgat. Corkscrew tu yg buat nak nanges :'(



disebabkan kitorg smpai awal and memandangkan 30 mac tu hari Jumaat, pagi tu mmg x ramai org. first ride ktorg main yg budak2 punya game. apa ntah namanya. yg pusing2 boleh naik turun tu. then ktorg terus pegi Spaceshot sbb takut ramai org. tau x yg mana? jap eh aku tunjuk gmbar. setahu aku la, spaceshot ni yg paling extreme. so bila smua org berani naik bnda ni, yang lain tade hal da. confirm berani naik pnya. so enam2 ktorg smua try spaceshot. and mmg awesome gila. Yah jerit mcm perempuan. walaupun hakikatnya kadang2 dia mcm lelaki. LOL. mampus aku kalau dia baca blog ni. hahaha.


lepas spaceshot, aku, wan, sarah dan lisa main Go Cart. yah dgan idah x minat and mmg dorg x lepas tggi pun. kahkahkah. minimum height 153 cm sbb kaki kena reach break dgan minyak. seronok sbb tak penah try. boleh la aku bawak kete lepas ni. muahaha. lama gila beratur main go cart ni. haish. lepas go cart, ktorg naik boat. pffft bosan. tayah crita. next! oh next ktorg keluar dari outdoor theme park and check in hotel. masing2 rehat, lunch and solat jamak. dalam pukul 3.30 pm ktorg kluar balik smbung main.



lepas rehat tu, first thing ktorg try is Flying Coaster yg ala2 spiderman terbang tu. pergh lawak. memalukan kalau nak cerita. tp tape, sbb aku sayang follower2 aku, aku cerita jugak la eh. masa dorg kata nak main, aku okay je. maintain cool la konon. lepas one of my friend naik je, bila tnya 'how was the ride?', dia jawab 'mcm tertggal lutut kat atas sana woo'. okay masa tu aku da seram sejuk. tertelan air liur aku. betul ke aku nak buat ni? aishh. bila da start naik, da amik seat and da lock tempat, aku pggil akak yg in charge tu, aku ckap 'kak tolong kak, saya nak turun, tanak main' akak tu jawab, 'x boleh dek, da kunci da ni, kena naik jugak' DAMN! terpaksa la aku teruskan. nak meraung jugak aku masa tu. tp control macho lagi. skali bila dia gerak, maaaakkkk. seronok gila! sarah dok paksa aku bukak mata. haishh. bukak jugak la. eleh, tade la thrill mana :P siap nak naik 2 kali tu bro. nasib x smpat sbb outdoor tutup pukul 6 ptang.

ni la dia bnda alah tu. nmpak menakutkan kaaannn. haha.

lepas naik Flying Coaster, ktorg naik Sungai Rejang Ride. basah baju aku. baju dgan seluar smua basah. 3 org per ride. Yah depan, aku tgah and idah blakang. nasib baik aku ddk tengah. tade la basah lencun mcm yah dgan idah. hahahaha. bnda ni mcm kayu balak, ddk 3 org pastu ade air. river la konon. pastu ade 2 bukit. turun bukit tu yg basah lencun tu. naik bukit pulak kena tampung berat sndr supaya x jatuh. yah boleh pulak dok lean kat aku. patut la aku rasa berat semacam! x guna -.-


lepas yg ni, last skali ktorg naik Pirate Ship. yang ni best jugak la. bising gila ktorg dok lawan jerit dgan budak2 cina depan ktorg. kesian abang2 sblah jd mangsa. memekak je kejenya. hahahaha. so yg tu la yang terakhir. lepas pukul 6 pm tu ktorg main indoor game. tried Euro Express. x thrill lgsg. gelak je lebih dgan wan sbb dia himpit aku. x guna pnya kawan. lol. then naik Bumper Car and pusing2 shopping. bnyak masa hbs sbb bergambar dan beratur. but after all, mmg berbaloi sbb seronok sakan. sumpah nak pegi lagi lepas ni sbb da x takut dah. weeee. okay da hbs cerita, trip pegi KL tade apa yg significant so aku malas nak taip. penat. hahaha. enjoy the pictures :) 

Spinner 

Corkscrew

Perhentian Genting Sempah


tmpat wajib amik gambar! haha.

 mggatal beli glove sbb tngan aku mmg cepat freeze.

 thsi is Pirate Ship



more pictures kat idah dgan yah. x amik lg dr dorg. bnyak gilaaaa. okay tamat sudah cerita panjang ni. semoga kita bertemu lagi di episod akan dtang. Assalammualaikum wbt ;D

4 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

semua tak penah main kecuali the ship. kahkahkah... yg spaceshot tu masa kita pegi dia tutup. maybe sbb kabus tebal.. kang tiba2 smpai atas , org hilang cmner ? HAHAHA.

Ajeerah Fareha said...

hahaha. ade kes begitu? dahsyat! try la. seronoookkk!

Iza Zaty said...

Waww , best nye g genting highland :D

Ajeerah Fareha said...

best! try la pegi! :D